Thursday 4 October 2012

Kanser Ancaman Kepada Kita


Impak ekonomi sebab kanser



SETIAP bulan, seorang pesakit kanser perlu membelanjakan 30 peratus daripada pendapatannya bagi menampung kos rawatan.


Bukan suatu angka yang kecil, bayangkan RM300 ringgit perlu dibelanjakan bagi seorang yang berpendapatan RM1,000. Bagaimana pula bagi mereka yang tidak mampu berkerja kerana kesakitan yang dialami atau pun tidak mempunyai perlindungan insurans?

Setiap tahun kes kanser meningkat dan dijangkakan sehingga 60 peratus pada tahun 2020.




Kenaikan ini berpunca daripada beberapa sebab antaranya gaya hidup yang menyebabkan kebanyakan daripada kita mengabaikan soal kesihatan. Selain itu kurangnya langkah pencegahan, penyaringan dan khidmat rawatan menyebabkan ramai yang datang menjalani rawatan ketika berada pada tahap kritikal.


Umum mengetahui kos rawatan bagi kanser mencecah harga yang tinggi dan tidak semua 
tempat menawarkan khidmat sedemikian. Dari situ, pesakit dan keluarga perlu menanggung 
beban sepanjang rawatan dijalankan. Kemudahan kesihatan semakin mendapat tempat di beberapa negara Asean seperti Malaysia dan Singapura tetapi tidak di Indonesia, Filipina, Vietnam dan Kemboja.


"Antara penyumbang utama kepada kenaikan kes kanser disebabkan kekurangan diagnosis dan kemudahan rawatan. Ramai beranggapan, apabila mereka diserang kanser maka tiada lagi penyelesaian dan hanya berserah kepada takdir," katanya.


Fikirkanlah...

  1. Alhamdulillah sekiranya anda dan saya juga masih sihat namun kita perlu bersedia segala kemungkinan yang akan berlaku.
  2. Setiap sakit yang dihidapi oleh kita adalah ujian dari Pencipta kita namun adakah kita akan menyalahkan takdir? 
  3. Sekarang kos pembiayaan rawatan adalah meningkat setiap tahun dan bergantung kepada jenis penyakit. Contoh di artikel ini pesakit kanser membelanjakan sebanyak 30% dari pendapatannya. 
  4. Kalau ada mengambil Insurans (Kad perubatan) mungkin baru 5% - 10% dari pendapatannya dan sekiranya diagnos salah satu sakit 36 jenis penyakit kritikal, premium kita akan waive (percuma) sehingga umur 100 tahun. 
  5. Nah... kos rawatan seterusnya akan gunakan ajer Kad Perubatan... Dan yang penting limit Kad Perubatan adalah tinggi lebih2 lagi Had Tahunannya tinggi.... 
  6. Dan perlu belek tgk plan Kad Perubatan yang ada.. Adakah rawatan Dialisys atau kemo ada had tahunan yang sedikit tidak mengikut had tahunan keseluruhan kad??? 

dah ade medical kad????????